Ingin mendalami ilmu dan persiapan untuk menunaikan ibadah umrah? Sertai kursus umrah intensif selama 25 hari secara online yang disesuaikan dengan masa dan keselesaan jemaah. Belajar di mana sahaja anda berada dengan bimbingan daripada pakar yang berpengalaman.
Pengisian kursus akan menceritakan secara terpeinci daripada pemilihan pakej yang betul, persediaan jemaah dari awal hingga balik ke tanah air. Peserta akan mendapat gambaran yang jelas dengan penerangan berbentuk teori, audio dan visual yang pastinya memberi penghayatan dengan suasana seperti di tanah suci.
Bakal jemaah juga akan mendapat group support untuk segala soal jawab berkenaan umrah sepanjang hayat.
Peserta juga akan diberi beberapa soalan berbentuk kuiz berbentuk interaktif setelah selesai beberapa sesi kursus. Ini adalah untuk memantapkan lagi pemahaman peserta di dalam ilmu manasik umrah.
Daftar segera untuk memulakan perjalanan spiritual anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran!
Ps: Anda akan mendapat notifikasi sesi kursus melalui sms atau whatsapp.